Sunday, February 9, 2014

'Kita perlu realisitik'


  • Aminuddin Omar


ALOR SETAR – Peraturan persembahan hiburan diselaraskan bagi memenuhi tuntutan rakyat berbilang agama dan bangsa supaya keharmonian terus terpelihara.



Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Aminuddin Omar berkata, permohonan yang dibuat mengikut prosedur serta mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.



Beliau berkata, penganjuran konsert di Sungai Petani itu dilaksanakan oleh pihak persendirian tanpa melibatkan kerajaan negeri.



“Kita perlu lebih realistik dengan budaya hidup pelbagai bangsa di negara ini. Jadi apabila penganjur bukan Islam memohon mengadakan program hiburan kita kena hormati namun pada masa yang sama mereka juga perlu mematuhi syarat tambahan lain.



“Antaranya ialah artis yang membuat persembahan perlu tampil dengan berpakaian sopan, tidak menjolok mata, situasi terkawal serta tidak melampaui tata cara atau peraturan dikehendaki pihak berwajib,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.



Menurutnya, Konsert Festival Muzik Planet Eupe tidak boleh dianggap sebagai konsert hiburan melampau seperti didakwa beberapa pihak sebelum ini kerana beberapa syarat tambahan dikenakan terhadap penganjur selain wajib mematuhi garis panduan persembahan yang ditetapkan.



Kelmarin, Pertubuhan Setiakawan Ummah Malaysia (Setiakawan Malaysia) mendakwa wujud konspirasi tangan ghaib cuba menimbulkan provokasi menyentuh sensitiviti agama serta akidah umat Islam di sebalik keghairahan penganjur mengadakan konsert hiburan melampau dengan membawa masuk budaya K-pop ke negeri ini.



Pas Kedah turut menggesa kerajaan negeri menarik balik permit penganjuran konsert yang bakal diadakan di Taman Air Carnival Eupe, Sungai Petani pada 1 Mac ini anjuran sebuah syarikat pemaju hartanah.



Konsert berkenaan dijangka dihadiri lebih 20,000 peminat bakal menampilkan penyanyi dan penulis lagu Yuna, Najwa Latif dan penyanyi mandopop Wang Lee Horn.



Antara persembahan lain termasuk penyanyi elektro-pop dari Taiwan Jeannie Hsieh dan kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss.



Susulan itu, lebih 5,000 tanda tangan penduduk di kawasan berhampiran festival dikumpul menyatakan bantahan terhadap penganjurannya kerana agama Islam melarang hiburan yang keterlaluan, penganjuran dalam kawasan persendirian terbuka, menyentuh sensitiviti Islam dan gangguan terhadap ketenteraman dan kesejahteraan awam.


Article source: http://nasional.kompas.com/read/2013/12/25/1826336/Kisah.Cinta.Anis.Matta.di.Hungaria


'Kita perlu realisitik'

0 comments :

Post a Comment