KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) — Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini dipecah masuk individu pagi semalam, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar.
Idris berkata kejadian tersebut disedari seorang pembantu tadbir kira-kira 7.45 pagi ketika mahu memulakan tugas.
“Ketika pengadu sampai di Pejabat Bahagian Pentadbiran MAIK di aras satu, pengadu mendapati keadaan dalam pejabat berselerakan sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada pengawal keselamatan.
“Ketika pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dijalankan, telah ternampak suspek yang juga seorang lelaki memakai jaket dan menutup kepala memasuki pejabat tersebut antara pukul 4.30 pagi dan pukul 7 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini Selasa.
Idris berkata sehingga kini barangan yang hilang belum dapat dipastikan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 448 kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Pada Ahad lepas, pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di sini telah dipecah masuk oleh seseorang yang dipercayai mahu mencari maklumat sulit.
— BERNAMA
Article source: http://internasional.kompas.com/read/xml/2013/09/23/1611457/Korban.Bom.Bunuh.Diri.di.Gereja.Pakistan.Dimakamkan
Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan Dipecah Masuk
0 comments :
Post a Comment