Thursday, January 2, 2014

Pendakwah perlu tampil kontemporari


  • SHAH KIRIT KAKULAL GOVINDJI


  • Inilah gaya pendakwah masa kini, perlu mempunyai imej menarik masyarakat.


  • Bro Shah (kanan) menjawab dengan tenang setiap lontaran soalan daripada bukan Islam.


PUNCA awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Salahkah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin?



Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu qadak dan qadarnya, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam.



“Saya pernah mendengar ceramah daripada ustaz sebelum memeluk Islam, tetapi cara penyampaian ustaz itu banyak menggunakan hukum hakam menyebabkan hatinya jauh dengan agama ALLAH ini,” katanya kepada Rehal.



Ceritanya, pertemuan dengan Ustaz Ali Chin dari Ipoh, Perak benar-benar mengagumkannya. Setiap persoalan akan dibalas dengan al-Quran dan hadis. Bro Shah pernah mengikuti kelasnya dan dia mengajar mengenai konsep ketuhanan (tauhid) dalam Islam.



Dia mengupas surah al-Ikhlas 112 ayat 1 hingga 4. Terjemahan surah itu benar-benar menyentuh hati Bro Shah dan secara automatiknya dia dapat mengenal Tuhan yang satu.



“Kemudian, saya terjumpa buku kecil yang menerangkan mengenai al-Quran dan sains. Sebaik membaca buku itu terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh penemuan sains moden. Saya terkejut bagaimana mungkin al-Quran 1400 tahun dahulu boleh menceritakan perihal sains dan saya menguatkan kenyakinan saya  ia tidak mungkin daripada manusia sebaliknya daripada ALLAH. Dan tanggal 14 Februari 1996, saya melafazkan syahadah.



“Saya selalu berdoa saya mahu menunjukkan Islam kepada keluarga, kawan-kawan dan jiran. Jika mereka meninggal mereka akan meninggal sebagai orang kafir, bagaimana dengan nasib mereka. Saya bersyukur saya Islam tetapi mereka?. Kerana itu, saya memerlukan ilmu untuk berdakwah.



Alhamdulillah buat permulannya, Bro Shah diperkenalkan dengan tayangan video perdebatan melibatkan Ahmad Deedad dengan paderi Kristian diterbitkan Saba Islamic Media. Semasa menonton tayangan video itu ia banyak membuka mindanya.



Dalam Islam mengatakan Tuhan itu satu, tetapi mengapa  banyak agama?, agama mana yang benar?. Apabila tengok debat itu dapat mengetahui haq dan batil tidak sama.



Dalam Surah al-Baqarah: 256, ALLAH berfirman yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama…kerana yang haq tidak sama denga yang batil,”. Daripada situ semakin menambahkan lagi kenyakinannya terhadap Islam.



Selepas itu, terdapat ura-ura Dr Zakir Naik datang ke Malaysia untuk bagi ceramah sekitar tahun 1998 di sekitar Kuala Lumpur. Semasa itu Bro Shah mempunyai tugasan di Pulau Pinang, cepat-cepat Bro Shah balik ke ibu kota demi mendengar ceramah Dr Zakir. 



Saba Islamic Media ada anjurkan bengkel teknik dakwah selama satu hari di Kumpulan Media Karangkraf, dalam masa yang sama Dr Zakir memberitahu dia akan mengadakan training dakwah di India secara intensif.




Bro Shah benar-benar teruja!



“Hari-hari saya call Saba Islamic Media, sehingga pengurusannya kenal suara saya. Tahun 1999, saya berada di Sabah selama sebulan, baru turun daripada Flight Saba Islamic Media call bagi tahu ada sesi interview program dakwah,  terus saya ambil tiket balik ke Kuala Lumpur.



“Saya tahu peluang saya tipis, terdapat 40 penyertaan, 25 diinterview dan hanya lima akan terpilih, berbanding saya, semua yang datang hebat belaka dan saya pada masa itu, al-Quran pun tidak lancar lagi, saya sangat yakin saya tidak berjaya.



Saya berdoa pada ALLAH saya nak pergi sangat walaupun duduk atas lantai dan saya mahu berdakwah. BerkatNya, saya tersenarai dalam lima calon yang berjaya untuk jalani kursus dakwah secara intensif sebulan di India,” katanya.



Menurut Bro Shah, banyak perkara yang dipelajari semasa menyertai kursus itu. Bro Shah cuba membuat kumpulan dakwah dengan kawan-kawannya di Ipoh, malangnya tidak menjadi, dalam masa yang sama, Saba Islamic Media memberi tawaran kerja kepadanya.



Bro Shah  kurang berminat memandang kerjayanya ketika itu mendatangkan banyak pulangan dan corak kerjayanya tidak terikat serta fleksibel.



Atas tiket untuk berdakwah, Bro Shah menerima tawaran Saba Islamic Media dan menjadi sebahagian daripadanya. Ternyata penglibatannya dalam Saba Islamic Media banyak membuka ruang untuk berdakwah kepadanya.



Saba Islamic Media bertindak sebagai perintis dalam menjemput speaker luar negara. Bro Shah menjadi tunggak utama mewakili Saba Islamic Media dalam menguruskan speaker yang datang dan daripada situ Bro Shah dapat belajar mengenai ilmu Islam, pandangan berbeza dan teknik yang berbeza.  



“Sekitar tahun 2001, saya ditemukan dengan Norudin Lemo dari Nigeria, bapanya Syeikh Lemo bekas kadi dan ibunya, Asiah Lemo, penulis buku cerita kanak-kanak berunsurkan Islam. Ilmunya cukup meluas terutama dalam bidang perbandingan agama, usul fiqh, bagaimana mahu menerangkan Islam kepada bukan Islam dan kenapa ulama berbeza pendapat, saya kagum akan ulama terdahulu, mereka mempunyai disiplin menuntut ilmu yang sangat tinggi dan mereka hebat.



“Banyak ilmu yang saya dapat, menonton tayangan videa Ahmad Deedat saya dapat belajar mengenai perdebatan dengan Krsitian, Dr Zakir saya dapat tahu bab perbandingan agama dan tekniknya, Norudin Lemo ajar cara menerangkan agama kepada orang bukan Islam, etika apabila berbeza pendapat, cara Norudin Lemo menjelaskan kepada saya mengenai kehebatan ulama membuatkan saya tepukau dengan pamahaman ulama terhadap al-Quran dan hadis, dengan wakil dari Turki iaitu Harun Yahya perihal teori evolusi” kata Bro Shah lagi.



Dan hari ini, selepas 17 tahun memeluk Islam, Bro Shah tampil bergaya kotemporari kerana baginya, seorang pendakwah perlu bijak menarik masyarakat mendekatinya.



Pengenalannya dengan Pengasas Khalifah Institut dan juga seorang saintis, ahli psikologi serta penulis buku yang menulis mengenai Islam sebelum memeluk Islam, Prof  Muhammad Afmahdi banyak mengajarnya cara untuk membuat keputusan secara rasional, saintifik, objektif dan belajar mengenai asas psikologi.



Bro Shah giat berdakwah di gereja, di universiti seluruh Malaysia dan banyak menerima respon positif daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.



NAMA: SHAH KIRIT KAKULAL GOVINDJI
STATUS: BERKAWHIN
MOTO: BUATLAH SESUATU KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA.

 


Article source: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ajaran-khomeini-di-malaysia-1.236611


Pendakwah perlu tampil kontemporari

0 comments :

Post a Comment