NEW YORK 6 Nov. – Penerbit komik, Marvel Comics akan memperkenalkan semula watak superhero, Ms. Marvel sebagai gadis berumur 16 tahun yang merupakan anak imigran dari Pakistan bernama Kamala Khan dan tinggal di New Jersey.
Karakter itu merupakan antara beberapa siri protagonis pertama yang menampilkan wanita dan beragama Islam yang diperkenalkan Marvel Entertainment dalam usaha menggambarkan kepelbagaian dalam kalangan pembacanya sejak pengenalan watak Spider-Man dan X-men pada awal 1960-an.
Komik Ms. Marvel yang akan menceritakan tentang cara Kamala belajar menangani kuasa saktinya, jangkaan keluarga dan cabaran dunia remajanya akan diolah oleh pengarang, Sana Amanat yang merupakan rakyat Amerika Syarikat (AS) beragama Islam bersama penulis, G. Willow Wilson dan artis, Adrian Alphona.
Sana berkata, komik itu merupakan keinginan untuk menjelajah perspektif asli kehidupan penduduk AS beragama Islam dan tentang apa maknanya cabaran hidup bagi seorang remaja ketika perlu memenuhi jangkaan keluarga dan pada masa yang sama mempunyai kuasa sakti.
”Saya mahu Ms. Marvel menjadi watak yang menceritakan kehidupan sebenar seseorang dan orang ramai dapat mendekatkan diri mereka dengannya terutama wanita muda,” kata G. Willow.
G. Willow yang telah memeluk Islam berkata, Ms. Marvel akan mempunyai keupayaan untuk membesar dan mengecilkan badannya, selain bertukar menjadi bentuk lain. – AGENSI
Article source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/11/06/politicising-god/
Marvel Comics perkenal protagonis wanita
0 comments :
Post a Comment