Friday, June 7, 2013

Tarian separuh bogel hasil pemerintah tidak prihatin hukum agama

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan persembahan tayangan separuh bogel di sebuah pasaraya di Segamat secara terbuka sesuatu yang mengaibkan dan tidak mempedulikan sensitiviti agama.


Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, ianya juga menunjukkan betapa pemerintah hari ini kurang prihatin terhadap hukum agama.


“Kejadian aib ini adalah petanda bahawa pemerintah harini kurang mempedulikan sensitiviti agama, khususnya dalam pelanggaran hukum allah secara terbuka.


“Pihak berkuasa sepatutnya sedar bahawa keizinan yang diberikan untuk penganjur mengadakan pertunjukan separuh bogel ini bukan sahaja mengundang bala daripada Allah, tetapi juga akan merosakan moral masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan, masyarakat Islam hari ini menjadi semakin jauh daripada agama, kemudian berhadapan pula dengan media massa yang menawarkan paparan hiburan di luar batasan akhlak, termasuk media baru yang begitu bebas membentuk pemikiran generasi muda.


“Kini, kerajaan membenarkan pula unsur negatif melalui persembahan tarian separuh bogel yang sudah tentu berbau lucah dan membuka jalan kepada zina,” katanya lagi.


Menurutnya, sepatutnya pihak kerajaan berusaha untuk membentuk jati diri rakyat berasaskan budaya ketimuran dan keislaman, sesuai dengan kedudukan islam sebagai agama persekutuan, bukannya membawa masuk budaya hedonisme yang melalaikan.


Kerana itu, dewan ulamak tegasnya membantah program seperti itu dan mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap penganjur dan memastikan ia tidak berulang pada masa akan datang.


Tarian separuh bogel hasil pemerintah tidak prihatin hukum agama


 




LAPORAN HARAKAHDAILY SEBELUM INI




Article source: http://www.jpnn.com/read/2012/12/03/149009/Dahlan-Iskan-Didoakan-Jadi-Capres-


Tarian separuh bogel hasil pemerintah tidak prihatin hukum agama

0 comments :

Post a Comment