Thursday, September 26, 2013

Fiza akhiri zaman janda

RAMAI yang terkejut apabila mendapat tahu pelakon Fiza Abd. Halim, 32, bakal menamatkan zaman janda dengan penyanyi Adam AF, 30, yang masih bujang itu.


Kalau orang ramai tertanya-tanya bila masa pasangan ini bercinta dan benarkah mereka akan melangkah ke alam perkahwinan, Fiza pun masih tertanya benarkah dia akan berkahwin lagi.


Persoalan itu timbul di benaknya kerana selama mengenali Adam yang dua tahun lebih muda daripadanya, Fiza tidak pernah terfikir bahawa pemuda itu bakal menjadi nakhoda dalam rumah tangganya kelak.


“Sejujurnya, saya bukanlah minat sangat dengan Adam kerana muzik yang dibawanya tidak masuk dalam jiwa saya. Entah macam mana, sejak saya berhijrah dan selepas kami bertukar nombor pada bulan puasa lalu, sikap ambil beratnya itu membuatkan saya dapat menerimanya.


“Itupun saya anggap sebagai rakan artis yang sering mengambil berat antara satu sama lain. Nak kata bila timbul perasaan cinta itu, saya tidak pasti kerana semua itu berlaku tanpa disedari. Lagipun saya sudah pernah melalui alam rumah tangga, jadi bila datang cinta baru, saya lebih berhati-hati. Maklumlah sebelum ini saya merancang untuk berkahwin tetapi tidak jadi. Jadi kali ini, saya lebih senang mengambil sikap seadanya sahaja, tidak mahu terlalu ghairah,” katanya terus terang.


Fiza yang pernah menjadi anggota kumpulan Elite sebelum ini berharap pernikahan yang berlangsung pada hari ini, pukul 10 pagi di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, berkekalan hingga akhir hayat.


Jelas Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, mereka telah menjalani kursus perkahwinan pada 18 dan 19 September lalu di Medan MARA, Kuala Lumpur, dan ini merupakan majlis pernikahan kedua bagi Fiza dan pertama bagi Adam.


Jelas Fiza, selama mengenali Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, dia bersama anak-anak, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, berkesempatan berkunjung ke rumah keluarga Adam di Sabah, sempena hari raya lalu.


Katanya, faktor utama dia ikhlas dan sudi menerima Adam sebagai suami kerana sikap penyanyi itu yang bijak melayan kerenah anak-anaknya. Malah dia juga yakin Adam adalah jodohnya selepas melakukan solat istikharah.


“Dia tidak kekok melayan anak-anak dan itu yang membuatkan saya tertarik dan bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan Adam. Selama ini pun saya mengutamakan anak-anak dan bila mereka serasi dengan bakal suami, barulah saya terima. Anak-anak memanggil dia dengan panggilan Abi (ayah),” jelasnya.


Fiza yang pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan bercerai pada 4 November 2010 berkata, sepanjang berkawan, dia yang sering membimbing hala tuju perhubungan mereka.


“Memandangkan ini perkara baru bagi Adam, jadi terujanya ada kala lebih sikit. Bagi saya biarlah ia berlaku secara biasa, tidak perlu berlebihan dalam perhubungan.


“Bila sudah pasti, barulah saya berani untuk bersungguh memastikan hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat,” katanya tenang.


Tambahnya, majlis perkahwinan hanya akan dibuat di sebelah pihak Adam sahaja kerana pihaknya setakat ini tidak bercadang untuk mengadakan majlis berkenaan.



Article source: http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/fatwa/13/07/03/mpcbmb-mengapa-kita-harus-berdoa


Fiza akhiri zaman janda

0 comments :

Post a Comment